Tiga Abdul
Di sebuah negara Isketambola, terdapat seorang hartawan yang sangat kaya iaitu Ismet Ulam Raja (M. Babjan). Dia mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu Abdul Wahab (Haji Mahadi), Abdul Wahib (S. Kadarisman) dan Abdul Wahub (P. Ramlee). Mereka bertiga selalu bertengkar sesama mereka sendiri kerana adik bongsu mereka, Abdul Wahub selalu tidak sependapat dengan abang-abangnya. Mereka […]
Reversi
Mengisahkan Akid, seorang pengawai polis yang diberikan kelebihan untuk merentas masa lalu. Kuasa yang diwarisi daripada keluarganya, namun setiap kali merentas masa ia mengorbankan jangka hayatnya. Selepas kemalangan tragis yang menimpa isteri dan anaknya, Akid berusaha mengubah masa lalu demi masa depan mereka. Show More
Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan
Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan | Filem ini berlatarkan akhir abad ke-19, di sebuah petempatan di Pahang. Ketika ini, sekumpulan pihak British yang diketuai seorang kapten tentera bernama Syers, sambil diiringi oleh Toga, seorang pembunuh upahan British asal Borneo, serta sekumpulan tentera British Sikh, sedang memburu tiga orang pahlawan atas kesalahan khianat. Akan tetapi, serbuan […]
The Experts
Mengisahkan sekumpulan adik-beradik yang mempunyai kepakaran masing-masing dalam kegiatan merompak.
The Assistant
The Assistant menceritakan tentang Zafik, (Iedil Dzuhrie) yang terpaksa meringkuk di dalam penjara atas kesalahan yang bukan dilakukannya.
Nujum Pak Belalang
Filem dimulakan dengan diperkenalkan watak Belalang (Bad Latiff), seorang budak yang sangat rajin dan melakukan kerja ladang serta mengambil upah untuk menyara hidup keluarganya. Beliau mempunyai seorang bapa yang dipanggil Pak Belalang (P. Ramlee), yang merupakan seorang yang sangat malas dan kerjanya hanya tidur siang malam. Apabila orang bertandang ke rumah iaitu Cik Kadok (M. […]
Lagenda Budak Setan
Kasyah (Farid Kamil) bersama rakan sekumpulannya, Sofi, Man dan Cin Cai merupakan pelajar-pelajar nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga menggelar kumpulan mereka sebagai kumpulan antiperempuan. Namun begitu, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar tahun baru, Ayu (Lisa Surihani). Ayu telah benar-benar menambat hati dan perasaan […]
Masam-Masam Manis
Norkiah tiba dari Alor Setar, Kedah ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja. Kawan beliau, Ros, menawarkan kerja di kelab malam sebagai penyanyi. Norkiah menyewa bilik di Lodging Mak Minah. Sewaktu mengalihkan perabot di dalam biliknya, beliau ditengking kerana membuat bising oleh Cikgu Shaari yang menyewa di bilik bersebelahan. Cikgu Shaari seorang penjawat awam berpangkat guru […]
Laksamana Do Re Mi
Filem ini mengisahkan cereka fantasi tentang tiga orang lelaki yang tiada pekerjaan dan ingin mencari kerja untuk menampung hidup. Setelah dihalau dari rumah (yang didirikan secara haram di atas pokok), mereka merantau dan menyelamatkan Puteri Bunian iaitu Puteri Buloh Betong. Puteri tersebut mengurniakan tiga hadiah untuk mereka kerana menyelamatkannya. Do mendapat tikar terbang yang akan […]
Abu Hassan Penchuri
Mengisahkan Puteri Faridah (Mariam Baharum), anakanda Khalifah Baghdad (Daeng Idris). Suatu hari, Faridah telah dipertemukan dengan seorang pencuri yang terkenal iaitu Abu Hassan (P. Ramlee) dan rakannya, Kassim (Ahmad C). Faridah dan Abu Hassan kerap berjumpa bersama di kawasan larangan Istana Baghdad. Abu Hassan mempunyai sebatang tongkat dan seutas tali hikmat yang berjaya dicurinya dari […]