Register on our site to continue watching this video.

If you are on FREE Plan and can't view this video,
you need to Subscribe Diamond Plan to continue watching.

Sign Up and select your plan.
Upgrade Now
laksamana do re mi

Laksamana Do Re Mi

33 Views
0
19721 hr 52 minsFilem Klasik

Filem ini mengisahkan cereka fantasi tentang tiga orang lelaki yang tiada pekerjaan dan ingin mencari kerja untuk menampung hidup. Setelah dihalau dari rumah (yang didirikan secara haram di atas pokok), mereka merantau dan menyelamatkan Puteri Bunian iaitu Puteri Buloh Betong. Puteri tersebut mengurniakan tiga hadiah untuk mereka kerana menyelamatkannya. Do mendapat tikar terbang yang akan membawa mereka ke mana sahaja yang dikehendaki. Re pula mendapat teropong sakti yang mampu melihat mana-mana tempat, mana-mana peristiwa yang berlaku pada bila-bila masa di seluruh dunia. Mi pula mendapat bangsi (atau harmonika) hikmat yang akan mendapatkan benda yang diingini setelah berniat dan meniupnya.

Mereka bertiga menuju ke negara Pasir Berdengung untuk mencari kerja sebagai Laksamana. Di sana, mereka menyertai perlawanan untuk menjadi Laksamana. Mereka bertiga berjaya mengalahkan laksamana negara setelah memakan ubat kuat (ma’jun) lalu mereka dilantik menjadi Laksamana Negara. Mereka sukarela berbakti saat diminta untuk memberi bantuan kepada Negara Pasir Dua Butir yang telah diserang Menteri Fasola. Menteri Fasola merupakan bekas menteri pertahanan negara Pasir Dua Butir (memberontak terhadap negara disebabkan pinangannya kepada Puteri Puncak Mahligai ditolak baginda Sultan Pasir Dua Butir. Pengembaraan mereka berterusan untuk mencari Puteri negara itu dan mengalahkan Menteri Fasola dengan alatan yang mereka ada. Pada mulanya mereka agak sukar untuk menewaskan Fasola kerana dia kebal, tetapi dengan bantuan Tuan Puteri Buloh Betong, Fasola mati dibunuh oleh Do menggunakan sebatang buluh runcing yang ditikam di tapak kakinya. Mereka bertiga menjaga Tuan Puteri Puncak Mahligai semalaman sebelum menghantar pulang ke Negara Pasir Dua Butir keesokkan harinya.

Keesokan harinya mereka pulang ke Negara Pasir Dua Butir. Di sana Laksamana Do, Re, Mi menuntut janjinya daripada Raja negara itu. Oleh kerana keadaan negeri itu yang belum lagi stabil, Raja Pasir Dua Butir telah menitahkan anaknya untuk pulang bersama-sama dengan laksamana bertiga ke Negara Pasir Berdengung untuk melaksanakan upacara perkahwinan. Sambil itu Raja juga berpesan kepada anaknya, ibarat tarik rambut dalam tepung; rambut jangan putus, tepung jangan berserak.

Maka berangkatlah Tuan Puteri Puncak Mahligai bersama dengan laksamana bertiga pulang ke Negeri Pasir Berdengung. Tiba di sana, lain pula ceritanya. Sultan Damsyik Jani (Raja Pasir Berdengung) terpikat dengan kecantikan Tuan Puteri Puncak Mahligai. Lalu mengambilnya menjadi permaisurinya.

Laksana ‘Masuk Angin Keluar Asap’, itulah yang dirasai oleh laksamana bertiga. Dan sebagai raja yang adil, Sultan Damsyik Jani telah menggantikan Tuan Puteri dengan 3 orang dayang istana yang ‘kononnya’ dikatakan cukup cantik, cukup masak, cukup ranum dan hanya menunggu ‘hari gugurnya’ sahaja. Setelah melihat dayang istana itu, alangkah terperanjat mereka bertiga lantas mereka melarikan diri dari istana. Laksamana Do, Re, Mi berpendapat dayang-dayang istana itu cantik seperti buah ‘mengkudu masak’ (masam rasanya). Laksamana bertiga itu akhirnya dapat bebas akibat terkena sumpahan dari bangsi (Harmonika) ajaib dari Mi yang membuat ketiga-tiga Dayang istana itu gatal seluruh badan mereka lalu mereka meninggalkan negeri itu dengan menaiki Tikar Pandan Terbang dengan perintah, “Wahai Tikar Pandan Terbang, bawalah kami terbang kemana-mana. Zamzam Alakazam”.

Empty video
Not found.
Share

Movies
Tv Shows
Videos
Search