Register on our site to continue watching this video.

If you are on FREE Plan and can't view this video,
you need to Subscribe Diamond Plan to continue watching.

Sign Up and select your plan.
Upgrade Now
nujum pak belalang

Nujum Pak Belalang

9 Views
0
1959111 min

Filem dimulakan dengan diperkenalkan watak Belalang (Bad Latiff), seorang budak yang sangat rajin dan melakukan kerja ladang serta mengambil upah untuk menyara hidup keluarganya. Beliau mempunyai seorang bapa yang dipanggil Pak Belalang (P. Ramlee), yang merupakan seorang yang sangat malas dan kerjanya hanya tidur siang malam. Apabila orang bertandang ke rumah iaitu Cik Kadok (M. Zain) dan Cik Kacong (M. Rafiee), di dapurnya tiada apa walaupun kopi. Akhirnya, tetamu dijemput minum minuman campuran arang bontot kuali.

Pada suatu hari, Belalang terserempak dengan dua orang pencuri, Badan (Aziz Sattar) dan Nyawa (S. Shamsuddin), yang mencuri kambing dan lembu orang kampung. Belalang menakut-nakutkan pencuri tersebut dengan menyamar menjadi “anak jin yang mahu makan darah” untuk mendapatkan balik lembu dan kambing sebaik pencuri tersebut melarikan diri. Di rumah penghulu, Buntal (H. M. Busra) dan Jambul (Ali Fiji), dua orang pengembala yang kehilangan lembu dan kambing dan orang kampung mencari penghulu untuk melaporkan hal tersebut. Dalam keriuhan, Belalang muncul dan mengatakan bapanya seorang ahli nujum yang mampu mengetahui kedudukan lembu dan kambing tersebut. Dalam perasaan tidak percaya, penghulu dan orang kampung yang lain turut ke rumah Pak Belalang.

Pak Belalang yang telah berpakat dengan anaknya, Belalang lalu mengambil “geluk jampi” yang berisi air dan dijampi (walaupun tidak tahu apa jampinya). Air itu kemudiannya ditunjukkan kepada penghulu dan dua pengembala dan jika mereka tidak nampak, diugutnya bahawa mereka adalah anak di luar nikah. Pak Belalang berpura-pura nampak bayangan di dalam air tersebut tetapi tidak tahu di mana kedudukan lembu dan kambing itu. Mujurlah Belalang yang mengetahui kedudukan lembu dan kambing itu dapat memberitahu mereka lalu meyakinkan orang kampung akan kebolehan Pak Belalang.

Empty video
Not found.
Share

Movies
Tv Shows
Videos
Search