Please enter keywords
Please enter keywords
© 2025 RZeeQ Movie.
Best All In One Movie Streaming Site.
Senario The Movie | Azlee, Wahid dan Mazlan adalah 3 sekawan dari kecil. Akibat satu kejadian melibatkan Azlee dan Wanita Perogol Bersiri di tengah hutan dalam hujan, Azlee hilang ingatan akibat renjatan elektrik. Mereka membesar bersama sehingga membuka rumah hantu terkenal di sebuah funfair dimiliki Apek Saiful. Azlee selalu buat masalah kepada Wahid (adiknya) dan Mazlan dari rumah hingga ke tempat kerja.
Penyanyi dangdut terkenal, Emilia (Anne Hamid) membuat konsert dangdut di funfair Apek membuatkan ramai orang datang ke situ termasuklah ke rumah hantu. Diakibatkan satu kejadian dalam rumah hantu melibatkan Azlee dan satu keluarga (Yahya Sulong dan Yusni Jaafar), hadir orang kaya Shamsul Ghau Ghau membantu Azlee dan Wahid, tetapi dengan syarat Wahid mesti bekerja dengan Shamsul.
Masa berlalu begitu pantas, termasuklah waktu tempoh penjara Wanita Perogol Bersiri tamat dan dilepaskan, dan misi beliau ialah mencari semula 3 budak yang memenjarakan beliau.
Wahid bersetuju bekerja dengan Shamsul, dengan syarat Azlee dijaga bawah pemerhatian Shamsul. Niat Shamsul untuk membuka “Pusat Riadah” terbantut atas kedegilan Pak Tam (AR Badul) yang enggan menjual tanah beliau kepada Shamsul. Shamsul mengupah Wahid untuk menjadi “Hantu” untuk menakutkan orang tempatan untuk datang ke kedai Pak Tam, tetapi gagal kerana diketahui oleh Penduduk Tempatan (M.Rajoli).
Wahid dirawat oleh Ina (Zahidah Rafik), anak Pak Tam, merupakan seorang jururawat. Ina terus menerangkan kesemua rancangan jahat Shamsul kepada Wahid membuatkan Wahid ingin berhenti kerja dengan Shamsul. Tetapi atas kehilangan duit pendahuluan rm2k yang diberikan kepada Wahid sebelum ini membuatkan Wahid hilang pertimbangan.
Wahid meminta bantuan kewangan pada Mazlan, Emilia dan Petum (Syanie). Tiba waktu pembayaran semula, Wahid dapati Azlee tiada di dalam pejabat Shamsul, dan dimaklumkan yang Azlee telah dibawa oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, lalu ditendang keluar dari bangunan tersebut. Dikala waktu sedih itu, mereka berdua terserempak dengan Wanita Perogol Bersiri semula membuatkan mereka lari menyorok dari dikejar oleh WPB.
Azlee dihantar ke pusat rawatan sakit jiwa di Taman Bahagia. Disitu beliau dilayan teruk oleh Warden. Ia membuatkan pesakit-pesakit termasuk Azlee merancang untuk lari dari pusat rawatan tersebut. Azlee dan Abang Botak Abang Gondol berlawan dengan Warden dan Pengawal, membuatkan Azlee terkena renjatan elektrik dan pulih semula ingatan beliau.
Berita Pelarian Pesakit Gila kecoh di TV membuatkan Wahid & Mazlan mencari Azlee.Azlee lari hingga datang ke depan kedai Pak Tam lalu pengsan sebelum Pak Tam menembak dengan “Senapang” beliau. Azlee terkejut dengan perubahan pada dirinya dan menanya Pak Tam pelbagai soalan membuatkan Pak Tam dan Ina bingung Seketika dan mereka dapati Azlee baru pulih dari hilang ingatan.
Pak Tam membawa Azlee ketempat yang diingati oleh Azlee dari tapak lama rumah Azlee hinggakan ke tempat Funfair Apek. Emilia gembira melihat Azlee tetapi terkejut dengan keadaan Azlee boleh bercakap. Emilia membawa Azlee pergi ke rumah Azlee yang dijaga oleh Petum. Petum terkejut melihat keadaan Azlee yang sudah pulih.
Sampai saja Pak Tam ke rumah, Bodyguard Shamsul memengsankan Pak Tam dan menculik Ina dan bawa ke rumah tumpangan untuk sebagai tebusan. Tanpa diduga, WPB jumpa rumah 3 budak hantu tersebut dan cuba untuk masuk kedalam rumah tersebut. Azlee berseorangan ketika itu terkejut dengan kelibat WPB tersebut tetapi WPB menerangkan kepada Azlee bahawa kehadiran beliau disitu bukan untuk membalas dendam, tetapi ingin mebalas jasa atas menyedarkan kesalahan yang dibuat oleh beliau waktu dulu. Sehinggakan WPB menganggap 3 budak hantu itu sudah sebagai anak beliau sendiri.