Nantikan drama bersiri Bukan Ipar Sempurna adaptasi daripada novel Bukan Cinta Sempurna karya Bellesa akan menghiasi slot Akasia TV3 pada bulan Mei ini. Diterbitkan oleh MIG Production dibawah arahan Ejump Mohd. Dibintangi oleh Ikmal Amry, Cahaya Nilam, Hafeez Mikail dan Nadiya Nisaa.

Saksikan Bukan Ipar Sempurna bermula 13 Mei 2025, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam atau strim episod baharu 24 jam lebih awal di www.tonton.com.my, atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play dan App Store.

Bukan Ipar Sempurna
Episod: 28
Tarikh Tayangan: 13 Mei 2025
Waktu Siaran: Isnin – Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3 / Tonton
Penulis Novel: Bellesa
Penulis Skrip: Panel Skrip MIG, Dayang Kartinah, Akmal Firul, Atiah Khuzaidah
Pengarah: Ejump Mohd
Produksi: MIG Production Sdn Bhd

Watak Pelakon
Ikmal Amry sebagai Firash
Cahaya Nilam sebagai Nadhia Sofia
Hafeez Mikail sebagai Zahin
Nadiya Nisaa sebagai Atma
Nessa Maureen sebagai Qaira
Jihaa Sham sebagai Zara
Raff Roslee sebagai Muadz
Atira Karma sebagai Aisyah
Razzuan Rosli sebagai Aiysar
Fazlina Ahmad Daud sebagai Puan Farida
Juhara Ayob sebagai Hajah Hasanah
Nik Ramly sebagai Haji Anas
Nisa Rissa Isa sebagai Zaharah

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Puaskah
Artis: Ameerais & Mariam
Lirik & Komposer: Iqie Hugh & Shazriq Azeman

Sinopsis Bukan Ipar Sempurna
Kisah ini bermula dengan keberanian Firash (Ikmal Amry) membatalkan pertunangan bersama Zara (Jihaa Sham), demi memperjuangkan cintanya terhadap Nadhia, wanita yang langsung tidak direstui oleh ibunya, Puan Farida (Fazlina Ahmad Daud). Meskipun begitu, kakaknya, Atma (Nadiya Nissa), menjadi satu-satunya penyokong kuat dalam keputusan itu, menyambut Nadhia sebagai sebahagian daripada keluarga mereka.

Namun di sebalik kebahagiaan rumah tangga, satu rahsia besar terbongkar. Nadhia disahkan mengandung, namun usia kandungannya tidak sepadan dengan tempoh perkahwinan mereka. Siapakah sebenarnya bapa kepada anak dalam kandungan itu? Mampukah Firash menerima kenyataan yang mengejutkan ini? Dan siapakah yang harus bertanggungjawab atas nasib yang menimpa Nadhia?

Tragedi demi tragedi mula melanda apabila Zahin (Hafeez Mikail), bekas kekasih Nadhia, tiba-tiba muncul semula dalam hidupnya. Kehadiran Zahin membuatkan Nadhia hidup dalam tekanan dan terpaksa menyembunyikan masa silam mereka daripada suaminya, Firash. Dalam masa yang sama, Atma pula berpihak kepada suaminya, Zahin dan bersama-sama merancang untuk memisahkan Nadhia dan Firash. Mereka memfitnah Nadhia kononnya cuba menggoda Zahin, hingga Firash yang menyaksikan insiden tersebut naik marah dan mula menyimpan dendam terhadap isterinya. Mampukah Nadhia bertahan menghadapi badai yang tidak berkesudahan? Dan sampai bilakah Firash akan terus dibutakan oleh dendamnya sendiri?