- Home
- Features
Trending Today
- All Drama
- All Movies
- Contact
Please enter keywords
Please enter keywords
- Home
- Features
Trending Today
- All Drama
- All Movies
- Contact
© 2025 RZeeQ Movie.
Best All In One Movie Streaming Site.
Please enter keywords
Please enter keywords
© 2025 RZeeQ Movie.
Best All In One Movie Streaming Site.
Ayah Abdul (Zamarul Hisham), seorang pemimpin berkarisma yang mengetuai Tanah Surgo, sebuah komuniti pemujaan agama. Ayah Abdul menganggap dirinya sebagai penyelamat dunia dengan bimbingan dan ajarannya. Pengikut Tanah Surgo malah percaya tempat itu adalah jalan mereka menuju Tuhan dan syurga, sehingga sanggup mempertahankannya walau apa jua perkara yang melanda.
Ayah Abdul memiliki tiga orang isteri iaitu Kalsom (Nora Danish), Zaynab (Farahdhiya), dan Suhana (Faezah Elai). Namun, kedatangan seorang wanita muda, Zahara (Chacha Maembong), yang terpengaruh untuk menjadi isteri keempat, mencetuskan perubahan.
Setelah mengetahui realiti di Tanah Surgo, Zahara sedar bahawa amalan yang diajarkan di sana sebenarnya menyimpang daripada agama. Zahara lantas berusaha untuk mendedahkan segala kegiatan di sebalik kepercayaan yang menyesatkan itu.
Pada masa yang sama, seorang pemuda bernama Yusuf (Nafiz Muaz) pula memasuki Tanah Surgo untuk meluangkan masa bersama ibunya, Mak Ina (Datuk Fauziah Nawi), setelah lama berpisah.
Namun, hari demi hari, Yusuf mula menyaksikan banyak kejanggalan yang membuatkannya berasa ragu-ragu. Melihat ibunya yang semakin terpengaruh oleh ajaran Ayah Abdul, Yusuf bertekad untuk menyelamatkannya, meskipun harus berdepan dengan pengaruh kuat yang sukar dilawan.
Apa yang menanti setiap watak yang terpalit dalam dunia Langit Ke Tujuh ini? Adakah mereka mampu mendedahkan kebenaran di sebalik ajaran sesat Tanah Surgo serta menghentikan pengaruhnya sebelum terlambat?
It's free. No subscription required