Astro Originals mempersembahkan sebuah siri premium terbaru, ‘Honey Trap’ yang membawa kisah thriller perisik wanita dalam dunia politik.
Honey Trap’ merupakan naskhah yang dikembangkan daripada dunia KUDETA, siri premium Astro Originals yang ditayangkan pada tahun 2022, lakonan Vanidah Imran yang memegang watak Perdana Menteri wanita pertama di negara fiksyen, Masraya.
Menerusi 8 episod serta 2 episod istimewa, Honey Trap masih berlatarkan dunia Masraya dari siri KUDETA dengan memperkenalkan watak baharu iaitu Surya Gabriel, seorang perisik wanita yang hebat, berkaliber, menawan dan berani dalam usahanya mempertahankan keselamatan negara. Namun, Surya terperangkap dalam permainan kuasa yang rumit, dipenuhi pengkhianatan, dilema, dan ancaman.
Membariskan pelakon berbakat tanah air, seperti Nina KSC yang pertama kali memegang watak utama, Syarul Ezani, Ungku Ismail, Irfan Zaini, Ayez Shaukat Fonseka, Michael Chen, Chazzy Nash, Amyza Aznan, Eugene Ong, May June, Dai Fuad, Sefik Khair serta penampilan daripada watak-watak dari siri premium KUDETA.
Naskhah ini diarahkan oleh pengarah KUDETA, iaitu Imran Sheik yang turut bertindak sebagai penulis skrip bersama Siti Marzuliana Marzuki, Zuli Ismail, Amar Amir, Lemuel Ong dan Syakir ‘Mo’ Zakii. Diterbitkan oleh Astro Shaw dan produksi oleh Lacuna Picture.
Saksikan drama siri premium Astro Originals, Honey Trap, bermula 20 Jun 2025 di platform On Demand dan sooka bermula 12 tengah malam setiap Jumaat, serta Astro CITRA (saluran 108) pada hari yang sama, Jumaat jam 9.00 malam dan Astro RIA (saluran 104) setiap Isnin jam 9.00 malam.
Honey Trap
Episod: 8
Tarikh Tayangan: 20 Jun 2025
Rangkaian: Astro One / Astro GO / sooka
Penulis Skrip: Syakir ‘Mo’ Zakii, Amar Amir, Zuli Ismail, Lemuel Ong, Imran Sheik
Pengarah: Imran Sheik
Produksi: Lacuna Pictures
Terbitan: Astro Shaw
Watak Pelakon
Nina KSC sebagai Surya Gabriel
Syarul Ezani sebagai Shidi
Ungku Ismail sebagai Aziz
Irfan Zaini sebagai Megat Borhan
Adlin Aman Ramlie sebagai Rahman
Ms Pui Yi sebagai Rachel
Michael Chen
Ayez Shaukat
Tony Eusof
Sangeeta Krishanasamy
Jesse Lim
Amyza Aznan
Chazy Nash
Sinopsis Honey Trap
Mengisahkan tentang seorang perisik wanita yang cantik, terdorong oleh misi peribadinya untuk menjatuhkan sebuah kumpulan pemberontak di Masraya, perlu merekrut seorang aset yang ada kaitan rapat dengan musuh. Namun apabila kerjasama mereka semakin erat, integritinya tercabar oleh hubungan romantik yang terjalin tanpa diduga.