Mengisahkan Alan dan Anne yang telah pun berpisah sejak lima tahun (2019) dulu. Anne dan Alan bertemu semula apabila abang kepada Anne, iaitu Fazlee yang juga merupakan kawan baik Alan meminta Alan untuk menjadi peguam kepada Anne kerana dia terlibat dalam satu masalah. Daripada situlah, Alan sentiasa mencari peluang untuk mendekati Anne semula dan bertekad tidak mahu kehilangan Anne buat kali kedua.