Dendam Seorang Madu | Rayhana dari keluarga yang miskin telah berkahwin dengan Faris untuk mendapatkan rawatan perubatan ibunya. Tidak lama kemudian Rayhana mendapati Faris sudah mempunyai isteri pertama bernama Izara. Tanpa pengetahuan Rayhana, Hanum, ibu Faris, merancang untuk memiliki harta pusaka arwah ayahnya. Selepas terselamat daripada cubaan membunuh untuk mendapatkan harta pusakanya, Rayhana kembali dengan identiti baharu, merancang untuk membalas dendam terhadap Faris, Izara dan Hanum.