Warning: foreach() argument must be of type array|object, int given in /home/u534397352/domains/rzeeq.com/public_html/mv/wp-content/themes/streamvid/inc/template-functions.php on line 1328

Warning: foreach() argument must be of type array|object, int given in /home/u534397352/domains/rzeeq.com/public_html/mv/wp-content/themes/streamvid/inc/template-functions.php on line 1338
Register on our site to continue watching this video.
Sign Up and select your plan.
Upgrade Now

Polis Evo 3

35 Views
0
2023110 min

Dalam kesibukan sebagai anggota polis, keluarga Inspektor Khai (Shaheizy Sam) dan Inspektor Sani (Zizan Razak) sedang melakukan persiapan perkahwinan Sani dengan tunangnya, Khadijah. Di samping itu, Khai pula berkonflik dengan teman wanitanya serta adik Sani, Anis (Nora Danish) kerana masih belum berkahwin sungguhpun sudah lama menjalinkan percintaan berikutan tugasnya sebagai anggota polis.

Filem bermula dengan Khai dan Sani menyamar sebagai agen kongsi gelap di bawah ketuanya, Chao di sebuah kelab malam yang dijadikan markas dalam sebuah operasi, dengan pengakhiran berjaya setelah Chao dapat ditangkap. Mereka berdua kemudiannya dipanggil untuk menyiasat satu serangan bom di Pulau Pinang yang menyaksikan seorang anggota polis yang dijadikan tebusan kemudian dibunuh dan diikuti dengan isteri dan anak anggota polis itu serta puluhan orang awam dalam sebuah restoran terbunuh. Serangan itu didalangi seorang bekas sarjan serta rakan sekerja rapat Khai, Reza (Sharnaaz Ahmad) yang disangka mati membunuh diri sedekad yang lalu. Berdasarkan siasatan awal, pihak polis melancarkan Ops Siong yang menyasarkan suspek berkait, Gaya Anuwat, seorang peniaga senjata dan pembekal bom Semtex dalam serangan itu, untuk memperoleh telefon pakai buang dalam usaha menjejak keberadaan Reza.

Kemudian, Khai secara khususnya, serta Sani, giat memburu Reza yang menyasarkan Khai. Reza, selaku rakan Khai, berubah sikapnya selepas Ops Sabrum 10 tahun lepas, di mana Khai terpaksa mengorbankan Farah, isteri Reza yang dijadikan tebusan oleh satu kumpulan pengganas untuk mematikan bom dalam bangunan dipenuhi ratusan orang awam. Sekiranya Farah pula dipilih diselamatkan, sungguhpun ditentang habis-habisan oleh Reza. Selepas kejadian itu, Reza bersembunyi buat sekian waktu, dan merancang membalas dendam untuk membela kematian Farah.

Selepas berjaya dijejak dengan telefon pakai buang daripada Ops Siong, Khai bertemu dengan Reza secara peribadi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin untuk menyelesaikan konflik antara mereka selama ini. Walaubagaimanapun, tanpa pengetahuan Khai, pertemuan ini merupakan taktik untuk memerangkap dan menangkap Reza. Setelah penangkapan dan siasatan lanjut, Reza dibawa ke tahanan, dan sebuah operasi dibuat di Kamunting untuk menjejak bom Semtex 20 kilogram yang diperoleh Reza. Namun begitu, Reza berjaya membebaskan dirinya dalam perjalanan, dan pasukan polis di Kamunting pula terperdaya; tiada bom di situ, dan sebaliknya menemui gambar orang sasaran Reza, terutamanya Anis. Reza yang bebas kemudian menculik Anis di rumahnya dan dijadikan tebusan sebelum memanggil Khai ke Bukit Bintang untuk memulakan balas dendamnya.

Di Bukit Bintang, Khai dikenakan dilema yang serupa dengan apa yang dialami Reza semasa Ops Sabrum: dalam masa lima minit, Khai perlu membuat keputusan untuk menyelamatkan Anis yang dipasang ves bom yang direka untuk hanya membunuh Anis, atau orang awam yang diancam bom 20 kilogram yang disembunyikan di stesen MRT berdekatan. Sungguhpun begitu, atas kepakaran Inspektor Dani, pakar pemusnah bom, satu jalan alternatif berjaya ditemui, dan kedua-dua pihak berjaya diselamatkan. Berang dengan kegagalan rancangannya, Reza kemudiannya keluar daripada persembunyiannya lalu melepaskan tembakan rambang dari dalam bangunan Yayasan Selangor. Ini kemudiannya membawa kepada pertempuran antara Reza dengan Khai serta Sani, dan akhirnya, Reza berjaya dibunuh oleh Khai.

Selepas kejadian tersebut, majlis nikah diadakan antara Sani dan Khadijah, dan Khai pula berjaya melamar Anis sejurus selepas itu. Sani berterima kasih kepada Khai atas persahabatannya selama ini, dan mengizinkan berkat kepadanya untuk menjalinkan perkahwinan dengan Anis.

Share

Movies
Tv Shows
Videos
Search